Oyen
Posted in life on 5:07 PM by noo nooIni kucing Hana. Dia sangat comel dan bulat. Nama dia Oyen. Dia manja dan sangat selalu minta dibelai. Oyen adalah seekor kucing yang telah didomestikasi. Dia sering baring dimerata tempat didalam rumah. Terutama di bahagian laluan utama. Aku pikir ini kerana dia selalu mahu perhatian. Oyen kucing istimewa kerana dia tidak sempurna. Kakinya tempang sebelah sejak ditemui oleh keluarga Hana. Dia mempunyai kemahiran mengelungsur mengunakan kaki yang tidak berfungsi itu. Dia akan berlari dengan pantas lalu berhenti dengan mengunakan kakinya itu. Mereka panggil teknik ini sliding.
Aku selalu tertawa setiap kali melihat dia terbaring dengan menampakkan perutnya. Memang terlalu selesa kucing ni.. Kucing yang liar tidak akan tidur dengan mendedahkan tempat yang sensitif ini iaitu perut mereka. Lebih lagi membenarkan manusia mengusap tempat ini dengan kaki. Manja!
Sebenarnya ada lagi seekor kucing yang dibela oleh keluarga Hana, iaitu kucing yang sudah bergelar nenek, Ami. Ami sudah terlalu tua sehingga Oyen sering menghalau dia ke belakang rumah. Oyen menguasai tingkat satu, ruang tamu dan dapur depan meninggalkan Ami sedikit bahagian di dapur belakang. Ami tidak lagi dapat mengawal air liurnya daripada terkeluar dan dia sering kelihatan dengan air liur yang menjuih.. Suaranya juga sudah berlagu seperti tidak bermaya. Kesiannya Ami...
Melihat mahluk lain adalah suatu yang istimewa kerana sudah terlalu banyak haiwan yang dihapuskan dari pandangan mata kita. Kita sering menganggap mahluk lain sebagai perosak dan mengganggu kehidupan seharian kita. Didalam era modern ini, haiwan berevolusi untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan yang telah dicipta oleh manusia. Mereka adalah golongan super yang aku anggap hebat kerana mereka dapat mencari dimana pelosok pun tempat tinggal, makanan dan kehidupan diantara kesesakan besi dan batu simen.
Aku pernah terdengar tentang bagaimana kita boleh mengenal pasti sesuatu tempat itu akan keadaan ekosistem atau keliarannya dengan memerhatikan haiwan yang masih menetap dikawasan tersebut. Walaupun haiwan boleh berevolusi, terdapat banyak tempat yang sudah tidak lagi dapat di diami oleh mereka. Ini adalah benar melihat pencemaran yang tidak pernah putus membabitkan manusia dan ciptaan mereka.
Bagi aku, kita perlu selalu mengenalpasti apakah yang kita perlukan didalam kehidupan kita dengan penuh kesedaran tentang apakah kesan sampingan daripada pilihan kita itu. Manusia adalah mahluk kompleks yang mempunyai keupayaan tidak terbatas kerana manusia mempunyai akal dan nafsu. Disebabkan hal ini, kemahuan dan keperluan diciptakan untuk mendefinasi kehidupan.
Kita semua sedang mencari erti kebahagiaan didalam kehidupan. Ada yang memperolehinya dengan harta. Ada yang melihat jauh daripada hal material untuk mengenal apa itu cinta. Hidup ini satu ujian dan cabaran. Ada yang sanggup menelitinya dari perspektif yang berbeza dari umum untuk lebih memahami konsep kehidupan dari yang sedia ada. Kita semua mahu merasa "lengkap" tetapi ini ada satu hal yang mustahil kerana akal dan nafsu. Dengan menyedari apa itu keperluan dan apa itu kemahuan, mungkin kita dapat sedikit sebanyak mengawal kesan dua perkara ini.
Akibat ketidaksempuraan manusia, kita acapkali lupa untuk menganalisa hal-hal yang sering menjadi tabiat dan norma dalam kehidupan kita ini. Limitasi ini lah sering melalaikan kita dari berfikir secara dialektik.
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment